anak-kanak di kawasan Projek Perumahan Rakyat juga tidak dikecualikan dalam menerima bantuan tersebut sekiranya ibu bapa atau penjaga merujuk anak mereka ke klinik kesihatan kerajan dan dikenalpasti layak.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesan kewujudan sindiket penipuan tawaran penyewaan rumah melibatkan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) DBKL telah menerima beberapa aduan awam berkenaan pemalsuan surat tawaran penyewaan PA dan PPR berkenaan.

Katanya, ia melibatkan tandatangan palsu pengarah dan pegawai kanan JPKKB DBKL pada surat tawaran penyewaan unit rumah di Kuala Lumpur.

“Pengadu hanya mengesan penipuan itu selepas gagal mendapatkan kunci setelah surat tawaran penyewaan diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA