ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar US, berikutan mata wang Amerika Syarikat itu yang mengukuh mengekang permintaan terhadap unit tempatan, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1950/2000 berbanding dolar US daripada 4.1870/1920 semasa dicatatkan pada 6 petang pada Isnin.

Pasaran ditutup semalam berikutan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata seperti dijangka, unit tempatan rendah dan berada pada paras 4.20 dalam dagangan awal.

“Gabungan harga minyak rendah dan dolar mengukuh, mengelak risiko global walau apa pun, kami akan menguji paras 4.20 utama dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi. – MalaysiaGazette