PARIS – Chanel tidak akan lagi menggunakan kulit haiwan eksotik.

Ketua fesyennya, Bruno Pavlovsky berkata, jenama itu tidak lagi menggunakan kulit eksotik dalam ciptaan masa depannya kerana sukar mendapat kulit haiwan eksotik yang berkualiti tinggi secara beretika.

Beg tangan, jaket dan kasut yang diperbuat daripada kulit ular, buaya dan ikan pari dijual pada harga premium oleh Chanel.

Beg tangan jenama itu sahaja dijual hingga 9,000 euro.

Beg tangan diperbuat daripada kulit ular sawa telah dikeluarkan dari laman web Chanel Selasa lalu.

Bagaimanapun, beg tangan terpakai masih dijual dari lebih daripada 5,500 euro melalui laman sesawang barangan terpakai. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan