TOKYO – Lima anggota marin Amerika Syarikat hilang selepas dua pesawat Marine Corps bertembung di udara dan terhempas ke laut Jepun semasa latihan udara ke udara.

Kementerian Pertahanan Jepun berkata, pasukan maritim setakat ini menemui dua daripada tujuh Marin yang berada di dalam pesawat itu – jet tempur F A-18 Hornet dan KC-130 Hercules – pada masa kejadian.

Seorang dalam keadaan stabil di Stesen Udara Marine Corps Marin Iwakuni, manakala yang kedua telah ditemui kira-kira 10 jam selepas perlanggaran dan dibawa ke kapal tentera Jepun, kata kementerian itu.

Tiada butiran lain mengenai nasib anggota marin kedua yang ditemui itu.

Usaha mencari dan menyelamat lima lagi anggota marin masih diteruskan.

“Kami merancang untuk meneruskan pencarian sepanjang malam,” kata Katsutoshi Kawano, kata Ketua Tentera Pertahanan Diri Jepun.

Insiden terbaharu itu meningkatkan kemalangan tentera udara Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Military Times melaporkan, kemalangan penerbangan melonjak hampir 40 peratus daripada tahun fiskal 2013 hingga 2017.

Sekurang-kurangnya 133 anggota perkhidmatan telah terbunuh dalam insiden-insiden tersebut. – MalaysiaGazette