Bilik pameran Perodua milik DMM Sales Sdn Bhd, yang terletak di Menara MBMR, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

KUAALA LUMPUR –  Pengedar Perodua, DMM Sales Sdn Bhd, telah memindahkan bilik pamerannya di Mid Valley ke lokasi yang baharu yang terletak di Menara MBMR, Jalan Syed Putra.

Perpindahan ini dalam syarikat untuk menggandakan kapasiti jualannya dan pada masa yang sama memberi
penekanan yang lebih terhadap kepuasan pelanggan.

“Bilik pameran jualan baharu ini, yang seluas 6,900 kaki persegi, lebih daripada dua kali lebih besar berbanding dengan lokasi lama kami, memberikan ruang bilik pameran yang lebih luas dan selesa,” kata Pengerusi Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd, Aqil Ahmad Azizuddin.

Ditubuhkan pada 20 Januari 1995, DMM Sales Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd. Ia merupakan pengedar terbesar Perodua dengan 17 bilik pameran, 13 pusat servis dan dua pusat badan dan cat di seluruh
Malaysia.

DMM Sales Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak 10.6 peratus secara purata kepada jualan tahunan Perodua sejak lima tahun yang lalu.

Menara MBMR juga menempatkan MBM Resources Berhad, sebuah kumpulan syarikat automotif dengan pelbagai
pelaburan dalam industri automotif dan juga pemegang saham perdagangan utama bagi Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd. – MalaysiaGazette