TERKINI : PRK Cameron Highlands, Empat Penjuru

23
0

Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan dengan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas.

Menariknya, keempat-empat calon ini merangkumi pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli dengan masing-masing mempunyai kekuatan sebagai anak tempatan atau sudah tidak asing dengan Cameron Highlands.

Calon BN, Assisten Komisioner Ramli Mohd Noor berketurunan suku kaum Semai dari Pos Mensoon Cameron Highlands.

Ramli yang ketika ini diangkat sebagai calon ‘favourite dan winnable’ merupakan bekas pegawai polis dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang menduduki jawatan paling tinggi di negara ini dan telah berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lebih 30 tahun.

Tinggalkan Jawapan