Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Polis mendapatkan reman selama tiga hari bagi menyiasat seorang lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan semalam.- Gambar hiasan.
SHAH ALAM – Polis mengesahkan seorang wanita warga Indonesia yang ditemui mati di rumah sewanya di Taman Universiti, Seri Kembangan dekat sini, kira-kira pukul 5.00 petang semalam, dibunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat bagaimanapun berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat wanita itu sebelum sebarang tindakan.

“Selepas kita terima laporan rasmi bedah siasat baharulah kita ambil tindakan seterusnya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

“Kita juga belum pasti kejadian sebenar termasuk sama ada wanita itu dirogol atau tidak sebelum dibunuh, berdasarkan keadaan dia yang ditemui mati dalam keadaan berbogel,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, mayat ibu tunggal yang dikenali sebagai Jamilah Mat Shaari, 33, ditemui tanpa pakaian di atas katil dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, oleh adik iparnya pada pukul 5 petang, sebaik pulang dari tempat kerja.

Beliau yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun menyewa di rumah berkenaan bersama empat anggota keluarga yang lain.

— BERNAMA