Home Penulis Artikel Oleh Norlaile Abd Rahman

Norlaile Abd Rahman

754 Artikel 1 Komen

Keusahawanan sosial boleh rapatkan jurang miskin-kaya

Pengerusi Yayasan World Islamic Economic Forum (WIFE), Tun Musa Hitam berkata, tanpa mengharapkan kerajaan, setiap individu mahupun badan bukan kerajaan (NGO) perlu bergabung tenaga untuk melaksanakan projek-projek mapan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya golongan sasar.

Misi MITI ke Jepun tarik pelaburan lebih RM2 bilion

Misi perdagangan dan pelaburan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke Tokyo dan Osaka, Jepun baru-baru ini berjaya menarik keseluruhan pelaburan berpotensi bernilai RM2.13 bilion terutamanya dalam industri petrokimia, logistik dan peralatan perubatan.

Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan ditubuhkan

Kerajaan bakal menubuhkan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara bagi menyelaraskan pengurusan mampu milik awam.

RMK11: Kerajaan semak naik defisit kepada 3 peratus pada 2020

Kerajaan melakukan semakan menaik sasaran defisit fiskal kepada tiga peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020 berbanding sasaran awal 0.6 peratus yang diunjurkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) kira-kira tiga tahun lalu.

Lebuhraya Senai-Desaru jadi lebuhraya hijau

TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd. memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) and Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) bagi program tenaga hijau di sepanjang Lebuhraya Senai-Desaru di Johor.

Kerajaan bayar bon 1MDB AS$50.3j hari ini

Kerajaan telah membayar faedah bon yang diterbitkan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) 1MDB Energy (Langat) Ltd sebanyak AS$50.3 juta (RM208.8 juta) yang matang hari ini.

Pengurusan kewangan lemah faktor sertai kursus AKPK

Hampir 75 peratus daripada 230,000 peserta Program Pengurusan Kredit anjuran AKPK berusia antara 30 hingga 50 tahun.

Ketelanjuran bukan pengakhiran hidup, kata Wan Azizah

“Ini bukan pengakhiran hidup, semua orang pernah membuat kesalahan dalam hidup masing-masing, tampil ke hadapan kerana masih ramai yang mahu membantu anda,” nasihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada remaja-remaja yang terlanjur atau hamil di luar nikah.

Dana PNB milik pemegang unit bukan kerajaan

Arahan penjualan aset syarikat milik kerajaan untuk membayar hutang negara tidak akan melibatkan Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Risau MAS 2.0, NUFAM minta menteri segera bertindak

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menggesa kementerian-kementerian yang bertanggungjawab terhadap Malaysia Airlines segera tampil memberi petunjuk jelas mengenai nasib syarikat penerbangan yang sudah bertahun-tahun dibelenggu masalah kewangan.