Jamil Rakon

KUALA LUMPUR – Datuk Jamil Rakon memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Jamil, 59, yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia berpengalaman dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan menjawat jawatan pertama sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan pada 1 Disember 1992.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan dari Australian Defence Force Academy, Canberra berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan organisasi.

Jamil juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. – MalaysiaGazette