ISTANBUL – Jurang pendapatan separuh daripada 75 negara paling terdedah (miskin) di dunia semakin meluas dengan ekonomi terkaya buat kali pertama dalam abad ini.

Purata pendapatan per kapita separuh daripada negara tersebut telah berkembang lebih perlahan berbanding ekonomi kaya dalam tempoh 2020-2024, menurut laporan Bank Dunia bertajuk The Great Reversal: Prospects, Risks, and Policies in International Development Association Countries.

Satu daripada tiga negara itu secara purata lebih miskin berbanding sebelum wabak koronavirus.

Manakala kadar kemiskinan melampau adalah lebih daripada lapan kali purata di seluruh dunia kerana satu daripada empat orang bergelut dengan pendapatan kurang daripada AS$2.15 sehari, tambahnya.

Negara-negara ini kini menyumbang 90% daripada semua orang yang menghadapi kebuluran atau kekurangan zat makanan.

Sementara itu, separuh daripada negara tersebut mengalami masalah hutang atau hutang berisiko tinggi, kata laporan itu.

Bank Dunia berkata, bagaimanapun negara-negara ini mempunyai 1.9 bilion orang penduduk boleh menutup jurang pendapatan ini dengan memanfaatkan sepenuhnya populasi mereka yang lebih muda, sumber semula jadi yang kaya dan potensi tenaga suria yang banyak.

“Potensi ini akan memerlukan mereka untuk melaksanakan satu dasar yang bercita-cita tinggi berpusat pada peningkatan pelaburan.

“Ini bermakna negera-negara terlibat perlu menambah baik rangka kerja dasar fiskal, monetari dan kewangan serta memajukan pelbagai pembaharuan struktur untuk mengukuhkan institusi dan meningkatkan modal insan,” kata Ayhan Kose, Timbalan Ketua Ekonomi dan Pengarah Kumpulan Prospek Bank Dunia.

Ketua Ekonomi dan Naib Presiden Kanan Kumpulan Bank Dunia, Indermit Gill berkata, China, India, dan Korea Selatan berjaya dengan cara ini dalam mengurangkan kemiskinan tegar dan meningkatkan taraf hidup.

“Kebajikan negara-negara ini sentiasa penting. kepada prospek jangka panjang untuk kemakmuran global,” ujarnya. – Agensi