Kongsi
Allahyarham Tan Sri Adenan Satem
KUCHING 11 Jan – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia di sini tengah hari ini, 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Anak saudara perempuannya Haslinda Hamzah mengesahkan Adenan meninggal dunia pada kira-kira 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching.

Bagaimanapun, punca kematian belum dapat dipastikan namun Adenan mempunyai sejarah penyakit jantung.

Dalam satu temu ramah dengan Bernama sebelum pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, Adenan berkata beliau hampir mati akibat sakit jantung tiga tahun sebelum itu.

Beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb, 2014.

Adenan telah membawa Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, 2016.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan