Peter Bellew

KUALA LUMPUR – Faktor muatan Malaysia Airlines Bhd. menyaksikan peningkatan sebanyak 90 peratus pada Disember tahun lalu, pretasi tertinggi lima tahun.

Ia adalah perbandingan 79.3 peratus pada suku ketiga berakhir 30 September lalu, kenaikan daripada 74 peratus pada suku ketiga 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew berkata, tempahan tiket bagi kelas perniagaan bagi tempoh enam bulan akan datang juga berganda berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, syarikat penerbangan itu memerlukan lebih banyak pesawat berbadan tirus, sambil menambah sedang berunding dengan Boeing, Airbus dan syarikat-syarikat sewa bagi potensi tempahan.

Beliau berharap rundingan itu dapat dimuktamadkan pada pertengahan 2017.

Bellew juga menjangkakan Malaysia Airlines dapat disenaraikan semula di Bursa Malaysia pada suku pertama 2019.

“Kami telah melihat perubahan besar,” katanya.

Tambah Bellew, Malaysia Airlines dijangka mencatatkan keuntungan pada 2018 dan China adalah peluang cukup besar kepada syarikat penerbangan itu. – MalaysiaGazette