Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Para pemegang kad debit tanpa sentuh perlu memasukkan enam digit nombor pengenalan peribadiĀ  (PIN) untuk urus niaga melebihi RM250 mulai 1 Julai, 2017.

Dalam kenyataan di sini hari ini, CIMB Bank Bhd (CIMB) berkata, pada masa ini setiap transaksi tanpa sentuh dihadkan kepada RM250 dan tandatangan atau PIN bagi transaksi melebihi jumlah itu.

Menurut bank itu, ia mengadakan kawalan penipuan dalam sistemnya yang akan mengesan dan menangani transaksi yang tidak dibenarkan berdasarkan logik tertentu yang ditetapkan oleh bank.

Tambah CIMB, setiap transaksi tanpa sentuhan mempunyai kod unit yang bertukar bagi setiap pembelian danĀ  boleh digunakan sekali sahaja.

Ia juga hanya boleh dikesan oleh cip dalam kad tanpa sentuhan yang asal.

Tujuannya bagi menghalang pengeluarkan kad palsu dan digunakan daripada pintasan butiran keselamatan kad

CIMB menambah, setiap transaksi hanya boleh dibuat apabila kad debit tanpa sentuhan diimbas pada jarak 4 sentimeter atau diletakkan pada pembaca kad tanpa sentuhan.

“Terminal tanpa sentuh hanya boleh memproses satu transaksi pada masa itu dan pedagang juga mesti memasukkan jumlah transaksi bagi anda meluluskannya.

CIMB berkata, urus niaga tidak akan berjaya jika pembaca kad mengesan lebih daripada satu kad. – MalaysiaGazette