Warren Beaty menunjukkan kertas tertulis kemenangan filem Moonlight selepas menyedari kesilapan mengumumkan nama filem Anugerah Oscar di Los Angeles malam tadi.-Agensi

LOS ANGELES — Mula-mula umum filem La La Land tetapi rupa-rupanya filem Moonlight sebenarnya Pemenang Filem Terbaik Award Oscar Ke-89 di sini malam tadi.

Ia ekoran kesilapan teknikal pelakon Faye Dunaway dan Warren Beatty sebagai pengumum tersilap menyebut filem La La Land pada mulanya .

Semasa produser filem La La Land naik atas pentas mengucapkan terima kasih tiba-tiba nama filem Moonlight pula diumum sebagai pemenang sehingga ada mengangapnya sebagai gimik.

Bagaimanapun selepas produser filem La La Land seorang demi seorang diarahkan turun pentas barulah hadirin sedar ia bukan gimik.

Sebelum itu, Beatty dan Dunaway sebelum mengumumkannya mengambil sedikit masa berbincang sebelum mereka mengumumkan filem La La Land sebagai pemenang.

Selepas itu, Beatty membuat penjelasan yang beliau membaca tertulis “Emma Stone, La La Land” pada kertas ditangannya dan mengambil masa berbincang dengan Dunaway sebelum mengumumkan nama filem itu sebagai pemenang.

“Saya bukan membuat kelakar. Pemenang sebenar adalah filem Moonlight,” ujar pelakon veteran Hollywood itu kemudiannya.

Filem Moonlight mengisahkan cerita lelaki gay kulit gelap itu turut memenangi Anugerah Cerita Adaptasi Terbaik, Lakon Layar dan Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik.

Pengarahnya, Barry Jenkins semasa berucap seakan-akan tidak percaya memenanginya walaupun dalam mimpi.

“Apa pun jangan fikir mengenai mimpi lagi kerana ini (kemenangan filem Moonlight) adalah benar,” katanya lagi.

Selain filem terbaik, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Casey Affleck dalam filem Manchester By The Sea dan Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Emma Stones melalui filem La La Land.

Emma Stones
Emma Stones

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula dimenangi pelakon muslim, Mahershala Ali menerusi filem Moonlight.

Mahershala Ali
Mahershala Ali

Bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula menjadi milik Viola Davis menerusi filem Fences.-MalaysiaGazette