Persembahan dari Aiman Tino biarpun bukan di zaman beliau pada konsert gegar Pop Yeh Yeh 2017 yang sedang berlangsung bermula pada 3 hingga 5 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) malam tadi membuktikan lagu-lagu irama pop yeh masih segar dan memiliki peminat yang tersendiri.

Irama popular pada era tahun 1960-an itu turut memperlihatkan lima penyanyi veteran memberikan persembahan bertenaga biarpun ada yang sudah melebihi umur 70 tahun.

Panggung Sari IB dibuka oleh persembahan JSham menerusi dua buah lagu popularnya iaitu Mencari Sinar Bahagia dan Surat Untukmu sebagai pemanas badan ketika suasana di luar hujan baru berhenti.

Suasana semakin panas apabila penyanyi Datuk L.Ramli dengan nyanyian lagu Ayahku Kahwin Lagi berjaya menggamat hati penonton dengan gelagat dan tariannya yang tersendiri.

Nampaknya usia 75 tahun bukan buat penyanyi yang mengaku baru berkahwin dua untuk masih lincah dan menghiburkan penonton.

Biarpun agak termengah-mengah selepas menyanyi, penyanyi kelahiran Pulau Pinang sempat membuat lawak jenaka tentang lagu berkenaan yang berkaitan dengan kehidupannya kini.

 

Penyanyi yang tidak asing lagi industri hiburan, Datuk A Rahman Hassan seperti biasa tampil dengan petikan gitar untuk muncul dengan lagu popular ciptaamnya Perpaduan Hidup dan Hanya Untukku.

Muncul pula Maria Bachok apabila penyanyi yang berasal dari Singapura masih memiliki aura tersendiri ketika berada di atas pentas selain penampilan yang mempersonakan.

Dia yang menyanyikan lagu Alam Seni dan Harapan Baru membuatkan penonton berasa seperti kembali ke zaman kegemilangan Pop Yeh Yeh.

Persembahan dari Datuk Jaffrydin yang sentiasa bertenaga dan memukau pada konsert gegar Pop Yeh Yeh 2017 yang sedang berlangsung bermula pada 3 hingga 5 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 MAC 2017.
Persembahan dari Datuk Jaffrydin yang sentiasa bertenaga dan memukau pada konsert gegar Pop Yeh Yeh 2017 yang sedang berlangsung bermula pada 3 hingga 5 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 MAC 2017.

Panggung Sari terus riuh rendah apabila Datuk Jeffrydin pula tidak melepaskan peluang untuk memberi persembahan terbaik dengan lagu Kenanganku dan Mas Mona.

Selepas itu, waris irama 60-an iaitu penyanyi jelmaan A.Ramlie iaitu Rozaini Razali atau lebih dikenali A.Rozaini, 28, mengambil alih pentas dengan lagu Oh Fatimah dan Fatimah Pujaanku.

Yang dinanti-nanti, penyanyi baharu yang semakin popular, Aiman Tino yang berjaya mencuri perhatian penoton dengan rangkaian lagu Peracun Kalbu, Dendang Remaja dan Kenangan Mungusik Jiwa dengan baik walaupun nampak malu-malu untuk menggoyangkan badan.

Selain Aiman, penyanyi Amira Othman juga memberi persembahan bertenaga pada segmen kedua iaitu segmen tribute menerusi lagu I Will Follow Him yang pernah dipopularkan oleh Peggy March.

Pada segmen ketiga iaitu duet, Amira berpeluang menyanyi dua buah lagu bersama A.Rahman Hassan manakala Aiman Tino menyanyikan lagu Peristiwaku dan Ku Rela Dibenci versi Pop Yeh Yeh bersama Jeffrydin.

Persembahan dari Datuk A. Rahman Hassan dengan gaya beliau yang tersendiri pada konsert gegar Pop Yeh Yeh 2017 yang sedang berlangsung bermula pada 3 hingga 5 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 MAC 2017.
Persembahan dari Datuk A. Rahman Hassan dengan gaya beliau yang tersendiri pada konsert gegar Pop Yeh Yeh 2017 yang sedang berlangsung bermula pada 3 hingga 5 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 MAC 2017.

 

Konsert berdurasi dua jam setengah itu berakhir kira-kira pukul 11.30 malam.

Bagi yang berminat dan ingin mengimbau kenangan era tersebut, Konsert Gegar Pop Yeh Yeh ini dipentaskan selama tiga malam bermula 3 hingga 5 Mac ini.

Persembahan dari Maria Bachok, pada konsert gegar Pop Yeh Yeh 2017 yang sedang berlangsung bermula pada 3 hingga 5 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 MAC 2017.
Persembahan dari Maria Bachok, pada konsert gegar Pop Yeh Yeh 2017 yang sedang berlangsung bermula pada 3 hingga 5 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 MAC 2017.

Tiket dijual dengan harga RM50, RM80, RM150 dan RM180 dan sebarang urusan tempahan tiket boleh layari laman sesawang www.airasiaredtix.com atau terus ke laman Facebook: ctraproduction. – MalaysiaGazette