Suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam yang dipercayai kini berada di Korea Utara.

Jakarta/ Hanoi – Salah seorang suspek pembunuhan Kim Jong-nam dilaporkan sebagai salah seorang anak bekas duta Korea Utara ke 3 Vietnam.

Menurut laporan agensi berita Yonhap, Ri Ji Hyon, 33, merupakan anak lelaki kepada Ri Hong dan telah tinggal di Vietnam selama lebih 10 tahun.

Beliau dituduh memperdayakan seorang suspek wanita warga Vietnam untuk menyertai plot membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara itu.

Menurut sumber, Ji Hyon berkerja sebagai pelatih diplomat di kedutaan Korea Utara selama setahun lebih.

Beliau juga pernah bekerja sebagai penterjemah bahasa.

Dengan menggunakan kefasihan berbahasa Vietnam, beliau dikatakan telah memperdaya Doan Thi Huong untuk turut sama membunuh Jong-nam di klia2 pada 13 Februari lalu.

Ji Hyon merupakan salah seorang suspek warga Korea Utara yang meninggalkan Malaysia pada hari yang sama Jong-nam dibunuh.

Keempat-empat suspek tersebut dipercayai telah pulang ke Pyongyang dan Interpol telah mengeluarkan notis merah untuk menjejaki dan menangkap mereka.

Polis Malaysia juga telah meminta bantuan kedutaan Korea Utara untuk menemubual dia lagi warga negara tersebut yang mana salah seorangnya adaah pekerja sebuah syarikat penerbangan manakala seorang lagi adalah diplomat kanan yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bulan lalu pernah membuat kenyataan mengatakan polis boleh mengeluarkan waran tangkap kepada Kim Uk-il, petugas di Air Koryo bagaimanapun tidak boleh mengambil tindakan yang sama kepada Setiausaha Kedua, Hyon Kwang-song yang mempunyai kekebalan diplomatik.  MalaysiaGazette