Kongsi
Mendiang T. Navheen

GEORGE TOWN – Remaja lelaki yang dibuli dan dipukul sehingga mengalami kecederaan parah oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima maklumat daripada HPP mengenai kematian T. Nhaveen, 18, pada 6 petang tadi.

“Remaja itu yang cedera parah dalam kejadian berkenaan dilaporkan mati otak. Polis akan menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.- BERNAMA

Kongsi

Tinggalkan Jawapan