Real Madrid mempunyai pengikut twitter paliung ramaiu di dunia. the Sun

LONDON – Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid muncul sebagai kelab yang mempunyai paling ramai pengikut dalam twitter di dunia.

Penemuan terbaharu itu didedahkan oleh media portal antarabangsa, DailyStar yang berpengkalan di United Kingdom.

Menurut statistiknya, sebanyak 20 kelab bola sepak dunia disenaraikan daripada segi pengikut twitter paling ramai di dunia.

Hasilnya the Galacticos mendahului senarai itu dengan 24.57 juta pengikut dalam Twitter.

Pesaing terdekatnya Barcelona pula di tangga kedua dengan 22.25 juta orang pengikut Twitter.

Dalam pada itu kelab paling bernilai di planet, Manchester United dari England menduduki tempat ketiga dengan 12.33 juta pengikut dalam Twitter.

The Gunners yang dikendalikan Arsene Wenger satu lagi kelan Inggersi yang berada di tempat keempat dengan 10.57 juta pengikut dalam Twitter.

Juara EPL musim lalu, Chelsea pula berada di tempat kelima dengan 9.18 juta pengikut Twitter dan Liverpool dengan 7.86 juta pengikutnya.

Pasuka bola sepak Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain pula menduduki di luar 10 terbaik iaitu tangga ke-12 dengan 4.73 juta pengikut Twitter.

Pasukan England yang dibimbing bekas Pengurus Barcelona, Pep Guardiola Manchester City pula walaupun berbelanja besar, gagal menempatkan diri dalam 10 terbaik .

Manchester City mempunyai 4.54 juta orang pengikut dalam Twitter setakat ini.

Pasukan berpengaruh dalam Bundesliga Jerman, Bayern Munich pula sekadar mampu menduduki tempat ke-16 dengan 3.8 juta pengikut Twitter. – MalaysiaGazette