KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel untuk tempoh 3 Ogos hingga 9 Ogos naik antara 4 sen seliter hingga 6 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON95 dan RON97, masing-masing dijual pada harga RM2.07 seliter dan RM2.32 seliter manakala diesel pula RM2.05 seliter.

Kenaikan itu memang sudah dijangka oleh pasaran berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia sejak kebelakangan ini.

Ia merupakan kenaikan bagi minggu kelima berturut-turut untuk RON95.

Pada 27 Jun hingga hari ini (2 Julai), harga RON95 dijual pada RM2.03 seliter, RON97 (RM2.28 seliter) dan diesel (RM1.99 seliter). – MalaysiaGazette