KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 9 malam, 16 Ogos 2017 sehingga 5 pagi keesokan harinya.

Kawasan-kawasan terlibat di Klang adalah Jalan Kota Raja, Jalan Taman Nahkoda Yusof, Taman Dagang, Taman Shahbandaraya, Jalan Uganda, Jalan Sg Jati, Kg Jati, Jalan Raja Nong Kiri dan Kg Seri Pandan.

Kumpulan Pengurusan Air Selangor berkata, gangguan itu disebabkan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Jalan Raya Timur, Stesen Komuter Klang.

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini dengan secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 16 Ogos 2017. – MalaysiaGazette