Donald Trump. foto Agensi

NEW JERSEY – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pengeluar pakaian sukan, Under Armour, pembuat cip komputer Intel dan syarikat farmaseutikal, Merck meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Pengeluaran Amerika, White House.

CEO Merck, Kenneth Frazier berkata, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump gagal untuk menegur golongan nasionalis kulit putih yang berarak di Charlottesville, Virginia pada hujung minggu lalu.

Dalam laman twitternya, Kenneth berkata, pemimpin-pemimpin Amerika mesti menghormati nilai-nilai asas negara yang secara jelas menolak sebarang kebencian ketaksuban dan golongan ketuanan yang bertentangan dengan nilai ideal rakyat Amerika iaitu setiap warga adalah sama.

CEO Under Armour, Kevin Plank pula meletakkan jawatan lewat hari Isnin dengan mengatakan syarikatnya memberi fokus kepada inovasi dan sukan, bukannya politik.

Kevin tidak secara khusus menyebut nama Trump atau Charlottesville tetapi berkata, syarikat beliau mengangkat nilai-nilai “penyatuan, kepelbagaian dan kebersamaan” menerusi sukan.

Langkah tersebut, diikuti CEO Intel, Brian Krzanich yang menulis, ketika beliau mendesak pemimpin untuk mengutuk “golongan ketuanan orang putih” namun ramai di Washington yang kelihatan lebih peduli untuk menyerang sesiapa yang tidak setuju dengan mereka.

Trump berada dalam tekanan untuk menghentikan demonstrasi yang dilakukan oleh golongan ketuanan orang putih.

Beliau bagaimanapun naik berang dengan kenyataan Kevin dengan menulis Twitter dengan ayat “cari masa untuk TURUNKAN HARGA UBAT”.- MalaysiaGazette