KUALA LUMPUR – Bekas ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam secara rasminya digantung keahlian PKR selama dua tahun susulan fitnah dilakukannya terhadap ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu dibuat dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Agung.

Dalam surat itu, PKR mendakwa Manikavasagam “memfitnah Anwar menerima wang RM300,000 – RM400,000 daripada Oms Thiyagarajan bagi tujuan untuk tidak mencalonkan diri saudara (sebagai calon Parlimen Kapar).”

Surat itu berkata Manikavsagam membuat ucapan berkenaan di sebuah kuil di Kapar pada 8 April tahun ini.

Bekas wakil rakyat PKR itu memuat-naikkan salinan surat berkenaan di halaman Facebooknya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan mengeluarkan surat tersebut hari ini.- MalaysiaGazette

Comments are closed.