Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod (dua kiri) mengatakan sesuatu kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (dua kanan) dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) berikutan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – “Insya-Allah, mereka mati syahid,” kata Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod dalam reaksinya berhubung kebakaran pusat pengajian agama itu yang mengorbankan 25 mangsa termasuk dua guru.

Katanya, mangsa yang terkorban dan cedera sanggup meninggalkan ibu bapa, adik beradik serta rakan sepermainan untuk berada di pusat tahfiz itu semata-mata hendak belajar agama.

“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.

“Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” katanya ringkas kepada media yang ditemui ditempat kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi tadi, kebanyakan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun sedang tidur di tingkat atas bangunan pusat tahfiz berkenaan.

Seramai 24 daripada 25 mangsa termasuk 22 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu maut akibat kebakaran itu.

Semua mangsa ditemui rentung di tingkat atas pusat tahfiz berkenaan yang didiami 36 pelajar dan enam guru.

Seramai 14 pelajar dan empat guru lagi berjaya menyelamatkan diri, tetapi enam dilaporkan dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – MalaysiaGazette

14 Komen

  1. Syahid tu ganjaran dan urusan Allah. Bukan urusan awak, Tuan Pengetua. Urusan awak ialah keselamatan arwah-arwah students and staffs awak.

  2. Jangan senang nak salahkan tuhan kalau manusia yg endahkan peraturan dan abaikan keselamatan. Redha dengan Allah lain dari accountability manusia di dunia. Bila nak belajar ni.

  3. korang ingat buat tahfiz ni dpt keuntungan (wang ringgit)?

    klu diri korang tu mmg seorang yg mmg anti agama ..mencari salah je lh korang…

    korang yg xtau cite sbnr jgn nk ckp mcm2…

  4. Public demand je yg suka condemn what so ever. Parents dh redha, anak mati fisabilillah. I’m not a parent, but for God sake if this is happening to me, I will be sad to lost my children in such way but also will be happy of paradise promised by Allah. If we’re a Muslim, perkara asas yg kita kena percaya. Percaya pada qada’ dan qadar. Non practice muslim je yg tak percaya in the hands of God cause they never asked even once.

    • Encik Asrul, redha dan pasrah tu sudah tentu. But then again, syahid tu urusan dan ganjaran Allah, bang. Sekarang ni, public jadi marah sebab isu keselamatan para syuhada ni diambil ringan. Fire exit takde.

      Bukan public marah sebab syahid. Tapi public sedih sebab security measurement diambil mudah. Dan seolah-olah statement “anak-anak ini syahid” disebut untuk menafikan kelalaian manusia.

      Semoga pihak yang bertanggungjawab akan tampil bertanggungjawab.

    • Permit tak diluluskan, buat partition sesuka hati, pintu kecemasan dua2 kena block. Ni bukan soal ugama ni soal keselamatan. Sekolah biasa pun kena ikut peraturan.

    • Mereka yang pandai menghentam ni tidak melihat kejadian yg berlaku dari sudut agama. Mereka juga tahu bercakap sahaja tanpa menyalurkan bantuan yang sewajarnya. Kalau sekolah tahfiz tidak dianaktirikan dari awal maka kejadian spt ini insyaallah boleh ditangani.. Agaknya kalau kejadian seperti ini tak berlaku kalian semua ada tak terfikir nak hulurkan apa sahaja bentuk sumbangan kepada sekolah tahfiz yang kebanyakkannya serba kekurangan????? Ada tak sesiapa yang ambil peduli???? Tgk tabung derma pon pandang sebelah mata..Ingatlah..ini mungkin peringatan daripada Allah untuk melihat sejauh mana keperihatinan org2 islam di malaysia terhadap anak2 syurga ini dan org2 yang menjadi tulang belakang spt pengetua tahfiz yg bertungkus lumus bersama tenaga pengajar untuk memberikan didikan agama islam yg sempurna kepada anak2 syurga tersebut…bukalah mata…bantulah mereka…bukan menyalahkan itu dan ini…kamu semua termasuk selebriti yg menghentam tu sebenarnya yg dah terpesong jauh….asik memperlihatkan gossip dunia…ingat…INI PERINGATAN DARIPADA ALLAH..wallahu’alam..al-fatihah

  5. SLM TAHZIAH PD SEMUA TERKORBAN JUGA PD KELUARGA…..INI ADALAH KERAKUSAN KEBODOHAN PENGETUA DAN PIHAK PENGURUSAN TAHFIZ YG BODOH BANGANG ….PUSAT INI SEMENTARA SAJA!!!!!! YG MENINGGAL DUNIA KERANA SILAP SALAH BODOH AWAK TU SEMENTARA JUGA KE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! LEPAS TANGAN CAKAP MATI SHAHID!!!!!!!!!!!!!..INI KE AJARAN ISLAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! MEMANG KUDRAT IRADAT KUASA ALLAH SWT TAPI KALAU SEMUA DA BUAT IKUT ATURAN DAN PIAWAIAN KITA TERIMA!!!!!!!!!!!!!! INI TIDAK SURUH PENGETUA TAHFIZ DUDUK TIDUR DAN ANAK2 DIA MAU TAK!!!!!!!!!!!!!! TANGKAP DENDA DAN DIPULAUKAN DARI MALAYSIA INI…………….. TANGKAP DENDA SAMAN PENGETUA DAN SEMUA PIHAK YG TERLIBAT…TAKDE OTAK BAHLUL….KASIAN BUDAK2 INI BARU ANAK2 LAGI…SUBHANALLAH …..ZALIM RAKUS TAU AMBIL UNTUNG SAJA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments are closed.