Pengasas produk Mew Forever, Nor Suhana Abd Rahman.

KUALA LUMPUR –  Keenakan buah strawberi yang sedang masak ranum pasti memikat selera sesiapa saja, malah baunya juga cukup menyamankan.

Namun untuk merasai sensasi harumannya itu lebih lama, apa kata anda kini memilih rangkaian rangkaian produk wangian badan jenama Mew Forever.

Dikeluarkan oleh Nazirasue Reski Enterprise, ia diinspirasi oleh The Body Shop agar sesuai untuk semua golongan tidak kira wanita atau pun lelaki bagi memberi mood kesegaran sepanjang hari buat si pemakai.

Pengasasnya, Nor Suhana Abd Rahman berkata, walaupun baharu berada di pasaran akhir Ogos lalu, sambutan yang diterima daripada pengguna amat menggalakkan.

Jelasnya, selain bau strawberi itu, empat lagi produk keluarannya telah berjaya dijual hampir 5,000 unit keseluruhan sehingga kini.

“Hari pertama sahaja berada di pasaran, ia terjual sebanyak 1,000 unit. Malah sehingga kini kami memiliki lebih 30 ejen dan seorang stokis utama di seluruh negara.

“Saya juga terharu dengan sambutan pembeli di media sosial yang menjadi impian saya memiliki jenama produk sendiri tercapai,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Wanita berusia 36 tahun itu menambah, antara kelebihan produk keluarannya tidak mengandungi alkohol, boleh dipakai ketika solat dan tahan lama keharumannya lebih lapan jam.

Malah jelas ibu kepada sepasang anak ini, sebelum mengeluarkan semburan badan itu, dia membuat uji kaji di sebuah restoran ikan bakar.

“Saya dan suami masuk ke dalam restoran itu dengan memakai semburan badan. Hasilnya selepas lebih dua jam, kami keluar dan keharumannya masih lagi melekat di badan.

“Justeru saya memang mementingkan kualiti produk yang tinggi demi keluasan penggunaan dan berbaloi dengan wang yang mereka keluarkan,” katanya sambil memberitahu produk Mew Forever hanya berharga RM35 sahaja.

Nor Suhana memberitahu, pihaknya menyasarkan dapat menjual lebih 10,000 unit setiap bulan menjelang akhir tahun ini.

Jelas beliau, keyakinan itu berdasarkan pertambahan ejen melebihi 100 orang pada tempoh yang sama.

“Saya ingin membantu ramai orang terutama suri rumah umah untuk menjadi usahawan. Apatah lagi pakej ejen yang murah dikenakan iaitu RM250, modal yang dilaburkan cukup berbaloi.

“Kini ramai ejen Mew Forever mampu mendapat pendapatan sambutan yang luar jangkaan sekali gus dapat membantu ekonomi keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, mereka yang ingin membeli produk Mew Forever atau menjadi ejen boleh menghubungi nombor talian 018-2594707 dan 017-3767128.

Maklumat lanjut tentang produk ini juga boleh didapati di laman sosial Facebook dan Instagram. – MalaysiaGazette

Nor Suhana Abd Rahman dan suami, Md. Nazri Ahmad.