Home Utama Nuan Nuan tinggalkan Zoo Negara

Nuan Nuan tinggalkan Zoo Negara

64
0
Kongsi
Reaksi seekor anak panda gergasi, Nuan Nuan seolah melambai kearah jurukamera yang kini berusia dua tahun sebelum dihantar pulang ke negara kelahiran kedua ibu bapanya panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang di Pengakalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Zoo Negara, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 NOVEMBER 2017

HULU KELANG – Nuan Nuan, anak kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang lahir di Zoo Negara Ogos dua tahun lalu meninggalkan Zoo Negara untuk dihantar pulang ke China pada petang ini.

Anak panda seberat 90 kilogram itu akan dibawa oleh MAS Cargo dalam penerbangan yang dijadualkan pada pukul 5 petang ini.

Setibanya di sana, Nuan Nuan akan dibawa ke Pangkalan Panda di Dujiangyan, Sichuan.

Penghantaran pulang itu bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan China yang hanya membenarkan Malaysia menyimpan anak panda tesebut sehingga dua tahun dilahirkan.

Beberapa kakitangan Zoo Negara menolak kandang yang menempatkan seekor anak panda gergasi, Nuan Nuan ke dalam lori khas untuk di bawa ke MAS Kargo, KLIA bagi menghantarnya pulang ke China. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 NOVEMBER 2017

MalaysiaGazette yang berada di Zoo Negara awal pagi tadi menyaksikan persiapan terakhir Nuan Nuan sebelum ia meninggalkan Pusat Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara kira-kira pukul 11 pagi.

Van khas itu diiringi oleh penjaga-penjaga Nuan Nuan dan beberapa kenderaan agensi kerajaan.

Difahamkan persiapan dilakukan sejak beberapa hari lalu bagi memastikan proses penghantaran berjalan lancar.

Proses itu bermula ketibaan sebuah van khas tiba di belakang Pusat Konservasi Panda Gergasi bagi memudahkan kandang besi yang menempatkan Nuan Nuan.

Beberapa kakitangan pusat konservasi itu kemudian membawa daun-daun buluh, batang buluh dan rebung yang diletakkan di dalam kotak untuk dimakan Nuan Nuan.

Difahamkan tugas-tugas pemindahan Nuan Nuan disertai oleh para kakitangan Pusat Konservasi Panda Gergasi sahaja dan kerja-kerja itu dijalankan dengan cukup teliti.

Nuan Nuan ialah anak pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun oleh Kerajaan China.

Kedua-dua panda gergasi tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 bersempena hubungan diplomatik 40 tahun kedua-dua negara. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan