Luke Shaw.

MANCHESTER – Luke Shaw  dilaporkan telah melanggar kereta Bentley bernilai £200,000 milik rakan sepasukan Phil Jones semasa mengundurkan kenderaannya £100,000 Range Rover.

Kejadian itu dikatakan berlaku di pangkalan latihan Manchester United di Carrington bulan lalu,

Menurut sumber The Sun, tumpuan pemanduan Shaw terhalang dan terlanggar kereta Jones.

“Bagaimanapun Shaw telah membayar bil pembaikan dan kedua-dua mereka tiada sebarang pertelingkahan,” kata sumber itu lagi.

Phil Jones.

Shaw yang merupakan pemain pertahanan kiri mendapat lesen memandu setahun lalu.

Sebelum ini, dia dikaitkan dengan Fenerbahce yang telah meluahkan minat untuk mendapatkan khidmatnya pada Januari ini.

Susulan itu, United dilapor telah memberi lampu hijau kepada pemain berusia 22 tahun itu jika ingin menerima tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, pertahanan kiri itu belum memberi kata putus untuk berhijrah ke kelab Turki itu.

Jose Mourinho dijangka menjual Shaw selepas dia tidak menjadi pilihan lagi pengurus berkenaan. – MalaysiaGazette