Home Ekonomi Promosi tambang AirAsia X ke Pulau Jeju

Promosi tambang AirAsia X ke Pulau Jeju

KUALA LUMPUR – Sempena penerbangan sulung ke Pulau Jeju di Korea Selatan, AirAsia X menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM249 bagi perjalanan sehala bagi tempat duduk ekonomi.

Tempahan boleh dibuat melalui airasia.com sekarang sehingga 19 Disember 2017 ini untuk penerbangan dari 16 Disember 2017 hingga 27 Oktober 2018.

Tempat duduk Premium Flatbed pula juga ditawarkan dengan promosi tambang sehala termasuk semua dari serendah RM799, menurut AirAsia.

Pulau Jeju menjadi destinasi ketiga syarikat penerbangan itu di Korea Selatan selepas Seoul (Incheon) dan Busan.

Perkhidmatan empat kali seminggu yang ditawarkan antara Kuala Lumpur dan Jeju ini akan memperluaskan rangkaian syarikat penerbangan itu di Asia Utara. – MalaysiaGazette