Allahyarham Latif Borgiba.

KUALA LUMPUR – Pelakon aksi veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di sini hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun selepas mengalami kekejangan.

Allahyarahm dilahirkan di Bangkok, Thailand dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 itu meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.

Sepanjang karier seni, allahyarham dikenali melalui watak-watak antagonis dalam filem serta drama bercorak aksi terutama silat yang diterbitkan sejak 1960-an.

Antara filem dilakonkan Latiff ialah Dang Lenggang, Ribut di Hujung Senja dan Anakku Suamiku.

Menurut portal Astro Awani, allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.- MalaysiaGazette