Home Nasional Surat projek jalan bukan dari Kementerian Kewangan

Surat projek jalan bukan dari Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memandangkan serius pendedahan mengenai kononnya wujud surat Projek Cadangan Reka dan Bina Menaiktaraf Jalan Dari Karak-Chenor-Gambang di Bawah Kementerian Kewangan (KKM) Secara IPFI (Inisiatif Pembiayaan Swasta).

Surat itu dialamatkan kepada Pengarah Urusan Syarikat Kamal Gems Sdn Bhd, Encik Mohamad Kamal Bin Ismail

Surat yang mempunyai no rujukan KKM/810100/178/03-42 SK.2 (2017) masing-masing bertarikh 13 Januari 2017 dan 13 Jun 2017 telah diteliti isi kandungannya.

Hasil penelitian itu didapati nombor fail rujukan surat di Lampiran 1 dan Lampiran 2 bukan nombor rujukan Kementerian Kewangan, tajuk serta butiran projek tiada dalam senarai carian fail di Kementerian Kewangan dan projek tersebut tiada dalam senarai projek PFI dikawal selia oleh Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan di sini, Kementerian Kewangan berkata, surat itu mempunyai unsur jenayah dan dilihat berniat negatif terhadap kementerian berkenaan.

Lantaran itu aduan rasmi telah dikemukakan kepada Polis Diraja Malaysia (no repot: PRESINT 7/008341/17) untuk siasatan dan tindakan pihak berkuasa.

Katanya, orang ramai amnya dan pembekal yang berurusan dengan kerajaan, ia mengingat agar berhati-hati dan mengkaji semula apabila menerima surat yang dikatakan
daripada Kementerian/Jabatan/Agensi untuk mengelakkan daripada aktiviti tidak sihat seperti penipuan dan pemalsuan maklumat. – MalaysiaGazette