Home Utama Agihan pendapatan, bonus ASB 8.25 sen seunit

Agihan pendapatan, bonus ASB 8.25 sen seunit

Pengerusi Kumpulan Pemodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Wahid Omar bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad bergambar bersama jumlah dividen pada Pengemuman Pengagihan Pendapatan Suku Keempat ASB dan ASN di Menara PNB, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar turut mengumumkan pemberian bonus istimewa sempena 40 tahun PNB sebanyak 1.0 sen seunit bagi baki setakat 10,000 unit pertama.

Bonus istimewa ini hanya akan dibayar pada 1 Mac 2018.

“Secara keseluruhan pemegang unit ASB bakal menerima 8.25 sen seunit,” katanya semasa mengumumkan agihan pendapatan ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) di sini hari ini.

Katanya, jumlah agihan keseluruhan adalah RM10.7 bilion akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih daripada 145.6 bilion unit dalam ASB.

Dalam pada itu, pemegang unit ASN bakal menerima agihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2017.

“Ini sekaligus bermakna ASN merekodkan dividen sebanyak lima peratus setakat ini dengan Pulangan Keseluruhan adalah 15 peratus,” katanya. -MalaysiaGazette

Comments are closed.