Home Nasional Imigresen guna Pastak di barisan hadapan operasi

Imigresen guna Pastak di barisan hadapan operasi

93
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Imenggunakan Pasukan Taktikal Khas (Pastak) demi menangani ancaman serbuan berisiko tinggi rentas sempadan.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali,  pasukan tersebut melatih 40 anggota dalam pengkhususan mengiringi dan mengawal warga asing bawah pengawasan serta jagaan jabatan itu dalam kes berprofil tinggi untuk tujuan pengusiran dan rayuan mahkamah membabitkan kesalahan jenayah berat.

“Operasi pasukan ini akan diletakkan sepenuhnya bawah tanggungjawab Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa jabatan, selain terus dipersiapkan dengan modul berkaitan, termasuk latihan bersesuaian dari semasa ke semasa,” katanya semasa berucap ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Pasukan Khas Jabatan Imigresen di Ipoh.

Menurut beliau sepanjang menjalani latihan selama 31 hari bermula 14 Januari yang lalu, anggota Pastak didedahkan pelbagai modul kecergasan dan ketahanan diri selain seni mempertahankan diri kerana bakal menjadi barisan hadapan dalam setiap aspek keselamatan jabatan itu.

Jelas Mustafar, seramai 20 anggota pasukan itu akan ditempatkan di ibu pejabat jabatan berkenaan di Putrajaya, manakala 20 lagi dihantar ke negeri yang mempunyai risiko keselamatan tinggi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan