Selasa ini akan menjadi hari penentuan bagi keputusan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selasa ini akan menjadi hari penentuan bagi keputusan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.

Beliau dibawa oleh pihak Jabatan Penjara Sungai Buloh kira-kira jam 1 pagi tadi, setelah mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kanannya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, suntikan steroid itu diberi Sabtu lalu setelah Anwar mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahaan beberapa bulan lalu.

“Kadar denyutan jantung beliau rendah dan membimbangkan. Bagaimanapun, PKR difahamkan keadaan beliau kini stabil,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Kata Fahmi, maklumat terkini mengenai tahap kesihatan Anwar akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Katanya, PKR dan keluarga Anwar memohon semua untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan buat beliau. – MalaysiaGazette