Pengarah BN Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada Majlis Pelancaran Manifesto BN negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA), Johor Bahru, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 14 APRIL 2018.

PUTRAJAYA – Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pertemuan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak satu perkara biasa.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, ia hanyalah pertemuan yang dikendalikan oleh Perdana Menteri bagi menghargai jasa dan penglibatan semua ahli parlimen Barisan Nasional yang setia dan teguh di belakang beliau.

“Ini adalah perjumpaan biasa dalam parti, kami berjumpa dengan Pengerusi BN secara bersemuka dengan semua.

“Tidak disentuh mengenai pencalonan, cuma dia menasihatkan kita kena terus setia bersama BN,” katanya selepas sesi taklimat khas itu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana hari ini.

Najib hari ini menjemput semua ahli parlimen ke Sri Perdana bagi memberikan penghargaan kepada semua mereka yang berkhidmat dibawah beliau.

Sesi itu yang bermula jam 9 pagi dihadiri antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Kesemua mereka bersurai jam 10.30 pagi selepas selesai bertemu Najib. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan