Home Nasional Najib tempelak Dr M berhubung kenyataan mengenai kedai roti

Najib tempelak Dr M berhubung kenyataan mengenai kedai roti

Najib Razak

TELUK INTAN – Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat empat pusingan-U dalam kenyataannya dan menyalahkan ekonomi negara apabila terpaksa menutup kedai roti miliknya.

Perdana Menteri berkata, perbuatan bekas pemimpin negara itu disifatkan melalut kerana menukar empat kali kenyataan berhubung penutupan The Loaf dalam masa dua minggu bagi menyalahkan kerajaan.

“(Dia) bukan nak dengar cakap orang dah, melalut cakapnya, hari ini cakap lain esok cakap lain macam kedai roti dalam dua minggu empat kali tukar (kenyataan), mula-mula kata kedai dia, lepas itu kata bukan kedai dia, lepas itu kata nak jual kedai dia, akhir kata baru mengaku kedai dia.

“Sebab apa dalam daftar syarikat dia ada 10 juta saham (dalam kedai roti) dan pegang 51 peratus ekuiti. Janganlah kita main politik yang begini, jangan kita tuduh orang tidak berasas, berdosa nanti. Tak apa, itu dia dengan Allah nanti,”” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di sini yang mengandungi 957 unit kediaman di Batu 4, Jalan Changkat Jong di sini hari ini. – MalaysiaGazette