KUALA LUMPUR – Bintang pop dunia, Mariah Carey mengumumkan tarikh konsertnya buat peminat-peminatnya di Malaysia dalam siri jelajah terbaru ‘Mariah Carey, Live In Concert’.

Dalam entri terbaru di Instagramnya, Mariah bakal mengadakan konsert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Oktober ini.

Mariah juga dijadualkan akan mengadakan konsert di Magelang, Indonesia dan Singapura sekitar November dalam siri jelajah yang sama.

Kali terakhir konsert Mariah di Malaysia adalah pada tahun 2014 iaitu konsertThe Elusive Chanteuse Show di Stadium Merdeka.

Penyanyi bersuara lantang itu juga sebelum ini memberi bayangan bakal mengeluarkan album terbarunya dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette