Mak Kah Keong

SEREMBAN – Pilihan Raya Umum 2018 bukan sahaja medan untuk menilai kemahiran calon, malahan panjang bulu kaki pun dinilai pengundi?

Keadaan itu berlaku apabila calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang di Negeri Sembilan menunjukkan bulu kakinya selepas disindir sebagai orang tidak matang.

Mak Kah Keong yang merupakan calon muda berumur 33 tahun berbuat demikian selepas pasukan lawan daripada pakatan pembangkang menyindirnya sebagai anak-kanak yang belum cukup lebat bulu badannya.

Calon daripada pembangkang, Tan Lee Koon sebelum ini pernah mengutuk Kah Keong hanya pandai melakukan “benda bukan-bukan” termasuk melakukan aksi akrobat.

Kutukan itu dibuat selepas Kah Keong mendapat liputan akhbar Cina kerana berjaya menterbalikkan badannya secara tegak dalam satu aktiviti kempen.

Sebagai belasan terhadap kutukan itu, Kah Keong membidas Lee Koon kerana “memilih dan membangkitkan isu bulu”. Calon daripada Gerakan itu malahan menunjukkan bulu kakinya dalam satu ceramah politik demi membuktikan ‘kematangannya.’

“Walaupun saya serius dalam pekerjaan sebagai peguam, tidak dinafikan saya juga orang muda yang dapat memahami keperluan golongan muda,” katanya seperti dipetik China Press selepas dikutuk tidak matang.

Yang pasti, kempen di Bukit Kepayang di Seremban telah bertukar menjadi seperti pertandingan bakat.

Selepas Kah Keong menunjukkan aktiviti terbalikkan badan secara tegak, lawannya, Lee Koon pula  bernyanyi lagu Tamil untuk memikat hati pengundi.

Kini biarlah pengundi untuk menilai bakat siapakah yang lebih menarik pada 9 Mei nanti. – MalaysiaGazette