Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Walaupun sesetengah pihak  sukar menerima cadangan menggantikan pengambilan nasi dengan ubi kayu, tetapi kandungan zat dalam ubi kayu tidak dapat dinafikan.

Pakar makanan, Yun Zun berkata, 100 gram ubi kayu mempunyai 1.8 gram serat makanan berbanding 100 gram nasi putih yang hanya mengandungi 0.4 gram serat makanan.

Katanya, orang ramai disaran mengambil 100 gram nasi dalam satu sajian dan jika digantikan dengan ubi kayu, maka kuantiti yang dicadangkan adalah 70 gram.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, cara memasak ubi kayu harus dijaga jika mahu menggunakannya untuk menggantikan nasi.

“Jika goreng dengan minyak, maka ubi kayu akan menjadi tidak sihat berbanding nasi yang ditanak,” katanya kepada China Press

Jelasnya lagi, satu perempat daripada satu sajian harus merupakan karbohidrat sama ada pelbagai jenis beras,  bijirin, oat, ubi kentang, ubi keledek, ubi keladi dan sebagainya.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat, sebaliknya menggantikannya dengan sumber lain seperti ubi kayu.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak sesetengah pihak yang antara lainnya berpendapat ubi kayu boleh menyebabkan masalah “angin”.
Selain itu, harga ubi kayu juga tidak  murah berbanding beras dan tempoh penyimpanannya lebih pendek.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast