Tun Siti Hasmah Ali
Tun Siti Hasmah Ali

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Siti Hasmah mula menyuarakan kebimbangan mengenai kesihatan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hampir seminggu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Dr Siti Hasmah berkongsi perasaannya itu di laman Facebook rasmi Kelab Che Det.

Jelas wanita berusia 92 tahun itu, beliau risau kerana Mahathir telah mencecah usia 93 tahun.

“Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur. Waktu tidur beliau digunakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan.

“Dalam satu malam beliau meneliti lebih 200 dokumen sehingga pukul 4 hingga 5 pagi. Pukul 7 pagi beliau sudah berada di pejabat,” luah Siti Hasmah.

Luahan wanita pertama negara ini turut mendapat simpati netizen yang juga risau Mahathir yang dilihat bekerja keras sejak dilantik perdana menteri. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. pengorbanan dan perjuangan tak dapat dipisahkan. tapi masih ada rakyat yang tidak bersyukur dengan pengorbanan ini. semoga allah memberi kesihatan dan keselamatan untok tun M .

  2. Yg hdup pasti mati.
    Buat lah persiapan iman amal utk bekalan d kubur dan akhirat yg kekal selama2nya

Comments are closed.