Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Merdeka Rakyat yang dihadiri oleh ribuan penyokong dan orang ramai di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Merdeka Rakyat yang dihadiri oleh ribuan penyokong dan orang ramai di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.

PETALING JAYA – Walaupun mendapat tawaran daripada Perdana Menteri untuk membantu Kabinet, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolaknya.

Malah beliau menyatakan rasa percaya terhadap kemampuan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menguruskan kerajaan baharu.

Anwar yang baharu sahaja dibebaskan berkata, Mahathir membuat tawaran tersebut memandangkan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan selepas mendapat pengampunan selepas meringkuk dalam penjara selama tiga tahun.

“Tun Mahathir dia baik hati, dia tengok saya macam tidak ada apa, kerja pun tak ada, ahli parlimen pun tak ada, elaun pun tak ada

“Dia kata macam mana, nak tolong dalam Kabinet ke, saya kata Tun you jalan kita sokong you jangan bimbang… saya tidak payah dalam Kabinet saya sokong,” kata beliau semasa berceramah buat kali pertama di Padang Timur malam tadi.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Merdeka Rakyat yang dihadiri oleh ribuan penyokong di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

Bagaimanapun, Anwar dalam pidatonya menasihati supaya Ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak berebut jawatan menteri dan perlu cermin diri terlebih dahulu sebelum layak memegang jawatan tersebut.

“Ini saya nak peringat Ahli Parlimen dalam ni ramai, asyik nak jadi menteri saja, tengok cermin lah dulu.

“Dah menang, Alhamdulillah, rakyat bagi sokongan, pilih jadi menteri jalan lah kerja, duduk sibuk saya nak jadi menteri, menteri dapur cukup lah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan