Suasana tenang berhampiran rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2018
Suasana tenang berhampiran rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Suasana kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini tenang tanpa kelibat pemimpin Barisan Nasional yang hadir melawat beliau.

Pergerakan polis yang keluar masuk juga tidak kelihatan dan hanya sebuah kereta peronda yang masuk ke dalam kawasan laluan ke kediaman bekas Perdana Menteri itu yang ditutup kepada orang ramai.

Namun kehadiran pihak media masih ramai dalam usaha membuat liputan terkini dan memantau perkembangan suasana yang berlaku.

Sementara itu, Najib dikatakan masih berada di Pekan selepas merasmikan mesyuarat UMNO cawangan itu semalam.

Ahli Parlimen Pekan itu meninggalkan kediamannya bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Duta pagi semalam menaiki kenderaan dengan diiring tiga buah kereta dan dua buah motosikal polis pengiring.

Najib yang juga Ketua Bahagian UMNO Pekan turun ke Pekan untuk menghadiri beberapa program di kawasan itu termasuk meninjau Program Kacau Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) dan ibu tunggal daerah Pekan di pekarangan Seri Kenangan.

Beliau turut membuat kemunculan pertama berucap selepas Pilihan Raya Umum ke-14 ketika merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan.

Najib juga hadir pada majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat sunat tarawih di di Seri Kenangan. – MalaysiaGazette