Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir meninggalkan Menara Ilham.
Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir meninggalkan Menara Ilham.

KUALA LUMPUR – Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir meninggalkan Menara Ilham kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Beliau yang tiba pada pukul 3:30 petang ditemani tiga pegawai kedutaan AS dan meluangkan masa lebih kurang sejam di pejabat Tun Daim Zainuddin. 

Kamala dilihat membawa dokumen bersampul semada tiba di menara itu.

Beliau yang ditanya tujuan bertemu Daim bagaimanapun enggan memberi jawapan dan  dalam masa sama menafikan mengadakan pertemuan dengan semua anggota Majlis Penasihat Kerajaan. 

No (tidak). No comment. (tiada komen),” jawab beliau terhadap soalan media. 

Semalam  Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dipeTik sebagai berkata akan meneruskan siasatan ke atas kes melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan berharap akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia.-MalaysiaGazette