Aksi seorang lelaki (bulatan) ketika melepaskan tembakan di kawasan tumpuan di Danforth Avenue, Toronto. foto Agensi

TORONTO – Seorang lelaki melepaskan tembakan di kawasan tumpuan di Danforth Avenue, mengorbankan seorang wanita muda.

Serangan itu turut menyebabkan 13 orang lagi cedera dan seorang kanak–kanak perempuan dilaporkan kritikal.

Polis berjaya menembak mati suspek selepas berbalas tembakan.

Motif tembakan itu dikatakan mensasarkan sebuah restoran namun semuanya masih dalam siasatan.

Sebuah video menunjukkan seorang lelaki bertopi dan menyandang beg di bahu kelihatan berhenti di kaki lima dan mengeluarkan senjatanya sebelum melepaskan tembakan.

Polis meminta orang awam yang berada di tempat kejadian supaya tampil sebagai saksi. – MalaysiaGazette