Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy disoal siasat selama lima jam oleh Jabatan Jenayah Komersial semalam. 
Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

KUALA LUMPUR – Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditawarkan gaji sejumlah RM5 juta dalam tempoh enam bulan mulai Januari hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, Arul hanya dibayar setakat RM2.5 juta dan bakinya sepatutnya dijelaskan selepas 30 Jun 2018.

Bercakap di Parlimen, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, imbuhan gaji itu dibayar oleh Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) yang diluluskan oleh bekas Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan yang dirujuk Guan Eng adalah Datuk Seri Najib Razak.

Arul yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang ketiga telah dipecat dua hari, dua hari sebelum kontraknya ditamatkan pada 30 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 25 Jun lalu.

Arul Kanda dilantik pada Januari 2015 untuk membantu 1MDB yang berdepan masalah kewangan.

Guan Eng juga mendedahkan SRC International Sdn Bhd telah membayar sejumlah RM84,583 dan RM74,583, masing-masing kepada Datuk Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Ariff Kamil.

Sejumlah RM106,667 juga telah dibayar bagi pihak pengarah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada tahun ini.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Faisal dibayar gaji sebanyak RM335,553 dan bonus sebanyak RM533,328, tanpa mengambil kira elaun-elaun yang lain.

“Walaupun syarikat SRC International merupakan syarikat yang secara efektif adalah insolven sejak 2015, ia telah terus membayar fi pengarah dan bonus kepada CEO sehingga tahun 2018, sebelum perubahan kerajaan.

“Apa sebab pembayaran fi dan bonus yang begitu besar kepada Pengarah dan CEO sebuah syarikat yang tiada aktiviti dan nyaris insolven, kita kena minta mantan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri untuk menjawab, kerana di bawah peruntukan
Memorandum dan Articles of Association syarikat, hanya Perdana Menteri sahaja yang berkuasa melantik Pengarah, pihak pengurusan tertinggi dan juga segala pelaburan dan perbelanjaan utama syarikat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. mana ada pm lain kecuali pm najib sanggup bayar gaji orang lebih mahal dari gaji sendiri. memang murah hati melampau. kerana ada benda yang dia harap.

Comments are closed.