Zukri Samat memberi penerangan kepada Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Karnival Kewangan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 JANUARI 2017

KUALA LUMPUR – Bank Islam dipercayai masih belum mendapat pengganti Datuk Seri Zukri Samat yang akan melepaskan jawatannya pada Jumaat ini.

Sumber-sumber memaklumkan, sehingga semalam, Bank Negara Malaysia masih belum memberi keputusan berhubung pelantikan calon yang menggantikan Zukri.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani disebut-sebut sebagai pengganti Zukri.

Badlisyah adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic dan difahamkan menjadi calon pilihan Tabung Haji.

Tabung Haji memiliki kepentingan sebanyak 51.4 peratus dalam BIMB, yang menguasai Bank Islam.

Selain itu, Khairul Kamaruddin pula adalah calon dalaman nama yang dinamakan untuk menduduki kerusi nombor satu Bank Islam.

Zukri melepaskan jawatan itu selepas menerajui Bank Islam lebih sedekad. – MalaysiaGazette