Menteri Perpaduan Negara, Halimah Sadique mengibarkan jalur gemilang bersama para peserta selepas Majlis Penghargaan Kelab Rukun Negara di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 6 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR- Pelajaran mengenai Rukun Negara akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan negara bermula dari tadika hingga ke peringkat tinggi.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique, sebuah jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementerian berkenaan bersama-sama KSU Kementerian Komunikasi dan Multimedia, KSU Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta KSU Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Jawatankuasa teknikal itu jelasnya, adalah untuk meneroka cadangan dan melampias idea berhubung cadangan berkenaan.

“Kita mahukan pendidikan mengenai Rukun Negara, bendera Malaysia dan sebagainya dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kita.

“Saya ingat lagi masa saya kecil-kecil dahulu, kami ada pelajaran Tata Negara di mana kami belajar mengenai Rukun Negara dan sebagainya.

“Jadi, jawatankuasa teknikal ini akan meneroka cadangan bagaimana untuk memasukkan pendidikan Rukun Negara ke dalam sistem pendidikan Malaysia.

“Ia bukan mengembalikan subjek Tata Negara tetapi ianya seumpama pelajaran tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai isu pemasangan bendera terbalik yang berlaku hampir setiap tahun setiap kali Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan, Halimah berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertanggung jawab terhadap perkara tersebut.

Bagaimanapun, kementeriannya dan KKMM telah bersetuju untuk bekerjasama dalam meluaskan kempen-kempen mengenai bendera Malaysia bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang lagi.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Jadikan mata pelajaran ini wajib diajar pada setiap murid tiada kekucalian samaada sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan termasuk kontrak sosial antara kaum,kerana terdapat satu ketika dahulu pelajaran sivik siapa hendak belajar duduk dalam kelas siapa tak hendak belajar boleh duduk luar kelas

Comments are closed.