Home Ekonomi Malaysia kutuk serangan berani mati Yaman

Malaysia kutuk serangan berani mati Yaman

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengutuk serangan pengebom berani mati yang berlaku di luar kem tentera di daerah Khor Maksar, Aden pada 18 Disember 2016, yang mengorbankan 52 orang dan mencederakan 84 orang yang lain.

Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Yaman serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya berkata, Malaysia menganggap serangan tersebut sebagai tindakan kejam keganasan dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman akan terus memantau keadaan di Yemen dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette