Donald Trump

Bakal Presiden Amerika Syarikar (AS), Donald Trump berkata serangan di Berlin dan Ankara pada minggu ini membuktikan cadangan beliau untuk menghalang pendatang Islam ke AS adalah langkah betul.

“Apa yang berlaku adalah dasyat, dasyat,” kata Trump kepada pemberita apabila ditanya mengenai serangan yang menggunakan trak, menyaksikan 12 orang terbunuh di pasar krismas di Berlin dan pembunuhan Duta Rusia di Turki.

Daesh mendakwa bertanggungjawab pada pembunuhan di Berlin walaupun para pegawai AS berkata mereka tidak mempunyai bukti bahawa kumpulan militan itu telah mengarahkan serangan tersebut.

Pembunuh di Turki menjerit mengenai peperangan di Syria ketika dia menembak mati utusan Moscow, yang memberi bantuan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad bagi menentang pemberontak dalam perang saudara di negara itu.

Trump menyatakan demikian ketiaka ditanya pemberita di luar pusat peranginan miliknya, Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida sama ada keganasan yang berlaku Isnin lalu akan memberi kesan terhadap pertimbangan beliau ke atas larangan kemasukan orang Islam ke AS atau pun pedaftaran pendatang dari negara Islam.

“Anda tahu rancangan saya, selama ini, saya telah membuktikan saya betul, 100 peratus betul. Apa yang berlaku adalah memalukan,” kata Trump.

Pada satu ketika semasa berkempen pilihan raya, Trump mahu larangan sementara dikenakan kepada orang Islam yang memasuki negara itu sebagai langkah menentang keganasan dan ia mendapat kritikan dari dalam dan luar negara.

Beliau kemudiannya mengungkap semula kenyataan tersebut dengan menyatakan penggantungan sementara pendatang dari rantau yang difikirkan mengeksport keganasan dan di mana tapisan yang selamat tidak boleh dipastikan.

Bagaimanapun, warga negara kelahiran AS berbanding pendatang terlibat dalam beberapa serangan utama di AS sejak kebelakangan ini, termasuk tembakan secara besar-besaran di kelab malam pondan di Orlando pada Jun lalu.

Pada Isnin lalu, Trump mengeluarkan kenyataan mengenai serangan di Berlin yang mana beliau menyatakan, Daesh dan kumpulan militan Islam lain ‘terus menyembelih Kristian dan komuniti mereka selain di tempat ibadat sebagai sebahagian daripada jihad global mereka’.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai rujukannya kepada penganut Kristian, bakal presiden itu kelihat berlembut dalam ulasannya: “Ia adalah serangan kemanusiaan dan ia perlu dihentikan,”.

Para pegawai dan bekas pegawai AS kecewa dengan kenyataan asal Trump dan berkata, ia akan menyemarakkan sentimen anti-Barat dalam kalangan orang Islam dan menghakis kerjasama daripada masyarakat Islam yang mana mereka melihatnya sebagai pusat untuk menghancurkan serangan seumpama itu. – Reuters