Home Uncategorized 2 lelaki sasar serang pusat beli-belah ditangkap

2 lelaki sasar serang pusat beli-belah ditangkap

Jerman menahan dua lelaki yang dipercayai merancang serangan di pusat beli-belah di Oberhausen, dekat sempadan Belanda.

Dua lelaki itu, masing-masing berusia 31 dan 28 tahun dilahirkan di Kosovo telah ditahan awal hari ini di Duisburg.

Jerman berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas serangan di Berlin yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan 49 yang lain.

Negara itu kini sedang mengesan seorang lelaki warga Tunisia, Anis Amri, yang dipercayai merempuh pasar Krismas Breitscheidplatz.

Katanya, dua lelaki yang ditahan itu merancang untuk menyerang pusat beli-belah CentrO.

Polis telah ditempatkan di lokasi itu dan pasar Krismas berhampiran selepas mendapat maklumat tersebut, kata polis dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada tangkapan dalam serangan di Berlin selepas polis mengesahkan wujud cap jari Amri dalam trak tersebut. – MalaysiaGazette