Home Dunia Lelaki dibawa keluar pesawat selepas memalukan Ivanka Trump

Lelaki dibawa keluar pesawat selepas memalukan Ivanka Trump

Ivanka Trump ketika berada dalam pesawat JetBlue, Foto Agensi
NEW YORK – Seorang lelaki yang melakukan konfrontasi terhadap Ivanka Trump mengenai polisi-polisi bapanya telah dikeluarkan daripada pesawat JetBlue di Lapangan Terbang John F. Kennedy.

Kisah itu dilaporkan oleh media TMZ yang tersebar luas oleh media Amerika Syarikat.

“Bapa anda sedang merosakkan negara. Mengapa dia berada dapam penerbangan ini. Dia patut menggunakan pesawat peribadi,” kata penumpang itu yang dipetik daripada TMZ.

Bagaimanapun, Ivanka, 35 yang berada dalam pesawat itu dengan suaminya Jared Kushner tidak mempedulikan tindakan lelaki itu menyebabkan dia cuba menganggu tiga anak mereka.

Ketika lelaki itu dibawa keluar dari JetBlue, beliau menjerit: “Anda mengeluarkan saya kerana menyuarakan pandangan saya?”.

Lelaki itu dibawa keluar oleh kakitangan syarikat penerbangan tersebut.

JetBlue dalam kenyataan berkata, keputusan yang dibuat itu bukan mudah tetapi jika anak kapal mendapati penumpangnya menyebabkan konflik dalam pesawat, penumpang itu akan minta meninggalkan pesawat berkenaan, terutama jika dia boleh menimbulkan risiko semasa penerbangan.

“Kakitangan kami mencadangkan pihak berkenaan untuk berada dalam penerbangan selepas itu,” ujar JetBlue.

Ivanka adalah seorang usahawan berjaya dalam perniagaan pakaian dan naib presiden dalam empayar hartanah Donald Trump. – MalaysiaGazette