Sevil Shhaideh

 

Romania bakal melakar sejarah dengan melantik seorang wanita Islam sebagai perdana menteri apabila Sevil Shhaideh, yang berketurunan etnik Tartar, dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Parti Social Democratic (PSD) yang dipimpin Liviu Dragnea mengasai 45 peratus undi pada pilihan raya 11 Disember lalu, memperolehi undi dua kali ganda daripada parti lain.

Ia kini membentuk kerajaan baharu menerusi kerjasama dengan parti liberal yang lebih kecil. Pada kebiasaannya Dragnea yang merupakan ketua parti akan dilantik sebagai perdana menteri namun beliau didapati bersalah terhadap penipuan pilihan raya dan digantung selmaa dua tahun pada April lalu.

Walaupun Dragnea, 54, tidak dilarang daripada terlibat dalam politik dan kekal popular dalam kalangan akar umbi partinya, penyandang jawatan, President Klaus Iohannis yang dilantik atas platform anti-rasuah telah melarang sebarang calon yang mempunyai rekod jenayah menjadi perdana menteri.

Oleh itu, partinya memilih Shhaideh yang menjawat jawatan menteri selama enam bulan dalam kerajaan sebelum ini.

Perempuan yang berusia 52 tahun itu bertanggungjawab terhadap jabatan pembangun serantau dan telah lama menjadi rakan Dragnea.

“Dragnea telah mencalonkan seorang yang setia,” kata professor sains politik Romania, Sergiu Miscoiu kepada Reuters. “Kerajaan akan dikuasai oleh Dragnea,”.

Dragnea berterus terang mengenai pelantikan itu dengan memberitahu pemberita: “Tanggungjawab politik kekal pada saya,”.

Bagaimanapun, langkah tersebut merupakan satu lakaran sejarah. Hanya 0.3 peratus penduduk Romania beragama Islam. Shhaideh bukan hanya golongan sunni yang kekal untuk tempoh tujuh abad di pantai Laut Hitam, dan beliau berkahwin dengan warga Syria yang memiliki hartanah di negra yang sedang berperang.

Public will in Romania is strongly against mandatory EU quotas of refugees fleeing the Syrian war, particularly if they are enforced without Romania itself being allowed into the Schengen free-movement area. And this is unlikely to change under Ms Shhaideh.

Penduduk Romania menentang keras terhadap kuota penerimaan pelarian Syria akibat peperangan yang ditetapkan Kesatuan Eropah, khususnya jika ia dilaksanakan Romania sendiri tidak dibenarkan ke dalam kawasanan pergerakan bebas Schengen.

Kawasan Schengen merupakan kawasan yang merangkumi 26 buah negara Eropah yang memansuhkan penggunaan pasport dan sebarang penguasaan sempadan di kawasan sempadan terlibat.

Bagaimanapun bagi melantik rakannya menerajui kerajaan Romania, Dragnea perlu mendapat kelulusan parlimen dan President Iohannis dan ia bukannya mudah.

“Saya tidak akan melakukan cadangan yang lain,” kata Dragne kepada media di luar Pstana Cotroceni di Bucharest. “Jika ia ditolak, kita akan berjumpa satu sama lain di tempat lain,”. – Indipendent